Transpro jalin kerjasama dengan VHT dari Vietnam tawar sistem komunikasi, pertahanan udara kepada ATM | DagangNews Skip to main content

Transpro jalin kerjasama dengan VHT dari Vietnam tawar sistem komunikasi, pertahanan udara kepada ATM

Sebahagian daripada produk buatan VHT semasa dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) di Kuala Lumpur.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 10 Mei - Sistem komunikasi, dron, sistem pertahanan udara dan pelbagai sistem simulasi tempur mempunyai potensi digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang merancang pemodenan menyeluruh.

 

Peralatan ini antara yang diketengahkan syarikat telekomunikasi dari Vietnam, Viettel High Tech (VHT) untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan (Mindef).

 

VHT merupakan anak syarikat Kumpulan Viettel iaitu penyedia perkhidmatan sama kepada kerajaan Vietnam termasuk tentera negara itu.

 

Nilai jenama Viettel mengikut Brand Finance pula ialah USD$4.3 bilion dan berada antara 500 jenama terbesar di dunia dan jenama paling berharga di Vietnam.

 

Pesawat
VHT mempunyai pelbagai produk pertahanan khususnya telekomunikasi yang sepadan untuk ditawarkan kepada ATM.

 

Sehubungan itu VHT memeterai kerjasama strategik dengan syarikat tempatan, Transpro Engineering & Telecommunications (Transpro) sebagai rakan strategik.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Transpro, Adam Zamri berkata, VHT mempunyai pelbagai rangkaian perkhidmatan yang menepati dengan keperluan negara.

 

Katanya, Vietnam mempunyai industri pertahanan yang besar disebabkan pengalaman negara itu yang tidak bergantung kepada teknologi luar.

 

“VHT membangun berdasarkan pengalaman sebagai pemain utama dalam bidang telekomunikasi di Vietnam yang mana dasar mengutamakan produk tempatan menjadikan sektor pembangunan dan penyelidikan maju. 

 

Pesawat

 

“Perkhidmatan yang ditawarkan pula telah terbukti yang mana ia turut digunakan tentera negara serantau misalnya Myanmar.

 

“Apa yang menarik ialah Vietnam mempunyai keadaan muka bumi dan iklim yang sama dengan Malaysia menjadikan kelengkapan yang ada ini sepadan,” ujarnya.

 

VHT juga bersedia untuk bekerjasama dengan menawarkan pemindahan teknologi dan pembangun bersama mengikut di sini.

 

Sepertimana diketahui, Vietnam merupakan negara di rantau ini yang mempunyai sistem pertahanan udara menyeluruh dan terbaik berdasarkan pengalaman semasa perang dengan Amerika Syarikat.

 

Pesawat
Adam Zamri.

 

Mengenai Transpro, kata Adam, syarikat itu yang ditubuhkan 20 tahun lalu banyak terlibat dengan kontrak membekalkan sistem telekomunikasi kepada Mindef.

 

Sehubungan itu beliau yakin syarikat mampu menawarkan perkhidmatan yang baik berdasarkan pengalaman sedia ada.

 

Pada masa sama ujarnya, Transpro bersedia untuk menjadi salah satu penyedia dalam bidang telekomunikasi pertahanan kepada ATM. - DagangNews.com