Urusharta Jamaah bukan lagi pemegang saham utama IJM, jual 10 juta saham Eversendai | DagangNews Skip to main content

Urusharta Jamaah bukan lagi pemegang saham utama IJM, jual 10 juta saham Eversendai

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 20 Mac - IJM Corporation Bhd berkata, Urusharta Jamaah Sdn Bhd, syarikat tujuan khas yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan, tidak lagi menjadi pemegang saham utamanya selepas melupuskan 0.08% kepentingan dalam kumpulan itu.

 

Penjualan kepentingan itu, terdiri daripada 2.5 juta saham, berlaku pada 14 Mac, kata IJM dalam pemfailan bursa pada Selasa. 

 

Berdasarkan harga penutup RM2.28 pada Selasa, pegangan bernilai RM5.7 juta.

 

Berikutan urus niaga itu, pegangan saham Urusharta Jamaah dalam IJM telah jatuh kepada 4.93% — di bawah ambang 5% yang diperlukan untuk status pegangan saham yang besar.

 

IJM telah melaporkan kenaikan 34.3% dalam keuntungan bersih kepada RM100.43 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis 2023 daripada RM74.79 juta setahun sebelumnya, didorong oleh hasil yang lebih tinggi merentas semua segmen perniagaan. 

 

Jumlah hasil bagi suku tersebut meningkat 34% tahun ke tahun kepada RM1.48 bilion daripada RM1.1 bilion.

 

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih melonjak 118% kepada RM294.76 juta daripada RM135.23 juta dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya, manakala hasil meningkat 28.2% kepada RM4.16 bilion daripada RM3.25 bilion.

 

 

eversendai

 

Sementara itu, Eversendai Corp Bhd memaklumkan Bursa Malaysia pada Selasa bahawa Urusharta Jamaah telah menjual 10 juta saham pada 14 Mac. 

 

Sebelum penjualan itu, Urusharta memiliki kira-kira 40.29 juta saham atau kepentingan langsung sebanyak 5.16%.

 

Penjualan saham itu berlaku hampir sehari selepas saham Eversendai melonjak sebanyak 90% pada Rabu lepas.

 

Saham Eversendai melambung sebanyak 90% kepada 39 sen pada 13 Mac, berikutan berita tentang anak syarikatnya di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan India memperoleh projek baharu bernilai RM5.4 bilion.

 

Urusharta Jamaah adalah ialah sebuah syarikat pengurusan aset yang ditugaskan untuk menguruskan aset yang dipindahkan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLIC) pada tahun 2018.

 

Entiti ini merupakan sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) dengan asetmya berbentuk ekuiti dan merangkumi 90% portfolio UJ, sementara aset selebihnya terdiri daripada hartanah. - DagangNews.com