Varia raih kontrak tebatan banjir Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam bernilai RM95 juta | DagangNews Skip to main content

Varia raih kontrak tebatan banjir Sungai Klang di Seksyen 25 Shah Alam bernilai RM95 juta

oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 29 Jan – Varia Berhad yang dulunya dikenali sebagai Stella Holdings Bhd, iaitu syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah, menerusi anak syarikatnya, Mewah Kota Sdn. Bhd. meraih projek tebatan air Sungai Klang bernilai RM94.86 juta.

 

Mewah Kota menerima surat anugerah (LOA) daripada Kator Construction Sdn. Bhd. untuk melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Klang yang berada di Seksyen 25 Shah Alam, akan dimulakan pada 1 Februari 2024 dengan garis masa penyiapan berlanjutan hingga 31 Januari 2029.

 

Penglibatan lima tahun ini menggariskan keupayaan teguh Varia dan pandangan jauh strategik dalam menguruskan projek infrastruktur yang luas yang memenuhi keperluan masyarakat dan menyumbang kepada agenda pembangunan infrastruktur negara.



 

Datuk Benson Lau, Pengarah Urusan Varia
                                Datuk Benson Lau

  


Pengarah Urusan Varia, Datuk Benson Lau berkata, penganugerahan Projek Tebatan Banjir Sungai Klang kepada Mewah Kota, menandakan babak penting dalam perjalanan kami ke arah pembangunan mampan.

 

"Projek ini bukan sahaja mempamerkan komitmen kami terhadap kecemerlangan teknikal tetapi juga mencerminkan dedikasi kami yang mendalam terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

 

"Dengan menangani risiko banjir kritikal di Shah Alam, kami bukan sekadar meningkatkan infrastruktur; kami juga melindungi komuniti dan memupuk penjagaan alam sekitar. Inisiatif ini adalah manifestasi jelas etos Varia untuk mengaitkan objektif pertumbuhan kami dengan kesejahteraan masyarakat dan planet ini,” katanya.

 

LOA ini mencerminkan komitmen berterusan Varia terhadap kecemerlangan dan peranan Kumpulan sebagai pemain utama dalam landskap pembangunan Malaysia.

 

Dengan tumpuan kepada pertumbuhan mampan dan kebajikan masyarakat, Varia terus mencari peluang yang sejajar dengan objektif dan nilai strategik Kumpulan.

 

Ketika Bursa Malaysia ditutup hari ini, harga saham Varia ialah RM0.93 memberinya permodalan pasaran sebanyak RM387.8 juta.- DagangNews.com