VIP Gloves dapat kelulusan pasarkan produk ke Amerika Syarikat | DagangNews Skip to main content

VIP Gloves dapat kelulusan pasarkan produk ke Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR 14 Ogos - VIP Gloves Ltd (VIP Gloves), pengeluar sarung tangan nitril tersenarai di Bursa Saham Australia (ASX) yang beroperasi di Malaysia mendapat kelulusan untuk memasarkan produknya di Amerika Syarikat (AS).

 

Ia memenuhi syarat-syarat prosedur Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) berkaitan dengan import dari sumber bukan AS ke negara itu.

 

Dalam satu kenyataan, Pengarah Urusan Kumpulan, Yang Chin berkata, syarikat itu baru-baru ini mendapat pengesahan bahawa semua syarat-syarat prosedur telah dipenuhi selepas menyelesaikan pendaftaran maklumat ejen AS itu dengan FDA Industry Systems.

 

Ia adalah susulan daripada penerimaan kelulusan Lesen Produk Perubatan FDA 510 (k) pada akhir Julai, 2021 dan kelulusan pada suku kedua 2021 yang memberikan potensi untuk menghantar dan memasarkan sarung tangan nitril pemeriksaan perubatan ke AS, katanya.

 

Yang berkata, syarikat itu juga baru-baru ini membuat permohonan dengan Therapeutic Goods Administration Australia (TGA) untuk memasarkan sarung tangan nitril di negara itu dan akan memberikan perkembangan terkini selepas pentauliahan diterima daripada TGA.

 

"Kelulusan FDA membolehkan kami memasarkan produk kami di pasaran AS yang sangat menguntungkan, manakala permohonan TGA itu juga adalah sebahagian daripada usaha kami memasuki pasaran baharu dan memperluaskan jangkauan geografi syarikat," katanya, lapor Bernama.

 

 

VIP
KILANG pembuatan sarung tangan getah VIP Gloves di Baranang, Selangor.

 

Beliau berkata, langkah untuk mengembangkan pasaran ke AS dan Australia akan menyediakan platform untuk VIP Gloves melancarkan jenamanya dan pada masa yang sama menyokong pengambilan kapasiti pengeluaran tambahan datang daripada tujuh dan lapan barisan pengeluaran barisan tujuh serta kilang kedua.

 

Beliau berkata, susulan daripada kemasukan FDA AS ke Pensijilan Peperiksaan Pematuhan Eropah Kesatuan Eropah (CE EU), VIP Gloves kini dapat memperluas jangkauan produknya ke pasaran yang lebih luas. - DagangNews.com