KUALA LUMPUR 15 Sept – Bagi meraikan pembukaan semula perniagaan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menyediakan tawaran eksklusif yang terdiri daripada insurans percuma selama setahun, rebat dalam talian sebanyak RM3,500 dan penjimatan tambahan sehingga RM6,500 untuk Passat Elegance.
Passat R-Line hadir dengan petrol percuma selama setahun, rebat dalam talian RM3,500 dan penjimatan tambahan sebanyak RM5,500. Peminat Tiguan Allspace Highline pula akan menikmati rebat dalam talian RM3,500 dan penjimatan tambahan sebanyak RM2,000.
Dengan pengecualian cukai 0% ke atas semua model, pembelian sebuah Volkswagen adalah lebih berbaloi sekarang.
VPCM ingin menyatakan bahawa produksi kenderaan Volkswagen di Malaysia buat masa sekarang tidak terjejas dengan masalah bekalan semikonduktor yang berlaku di seluruh dunia. Tidak ada tempoh menunggu untuk mana-mana model kerana pengedar-pengedar Volkswagen mempunyai unit yang mencukupi.
Bilik pameran kini dibuka untuk individu yang sudah melengkapkan vaksin masing-masing. Mereka juga perlu mematuhi segala prosedur operasi standard terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan serta langkah-langkah #SafeHands. Sebagai langkah keselamatan tambahan, hanya perunding jualan yang telah lengkap divaksin dibenarkan untuk memberi khidmat kepada pelanggan.
Selari dengan SOP untuk negeri-negeri yang berada dalam fasa 2 PPN, individu yang sudah lengkap divaksin dibenarkan untuk membuat pandu uji kereta. Semua model Volkswagen boleh dipandu uji, termasuk Arteon R-Line 4MOTION yang baru dilancarkan.
Sempena sambutan Hari Malaysia dan hujung minggu yang panjang ini, para pengedar Volkswagan akan menganjurkan bilik pameran secara maya bermula 16 hingga 19 September. Pelanggan boleh mengunjungi saluran media sosial pengedar Volkswagen tertentu untuk mengetahui tentang model dan tawaran-tawaran terkini. – DagangNews.com