Wahed Technologies lancar Program Booster Simpanan | DagangNews Skip to main content

Wahed Technologies lancar Program Booster Simpanan

Rakan kongsi Wahed bagi Program Booster Simpanan iaitu Tripfez, Artius dan Zenyum
 

 

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Wahed Technologies Sdn. Bhd., pengurus pelaburan digital Islamik yang pertama di Malaysia memperkasakan rakyat Malaysia untuk terlibat dalam pengurusan dana dan harta mereka demi kepentingan dan keselamatan kewangan melalui Program Booster Simpanan.
 

Program ini dapat memberi peluang kepada para pelabur untuk meletakkan wang mereka ke dalam portfolio pelaburan yang pelbagai dan patuh syariah. 

 

Pengarah Eksekutif Wahed Malaysia, Mohd. Izzat Fadhli Azman berkata, Wahed bertekad untuk memberi para pelabur di Malaysia produk yang andal, telus, cekap dan tercapai sambil mengutamakan nilai-nilai beretika. 

 

"Walau sekecil maan pun akaun pelaburan anda, kami sentiasa memastikan pelaburan anda dipelbagaikan, halal dan bersesuaian untuk anda mencapai matlamat kewangan di dalam hidup anda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Program Booster Simpanan menyediakan pengalaman mesra pengguna yang komprehensif, bersesuaian untuk semua jenis pelabur sama ada yang baharu mahupun yang berpengalaman. 

 

Para pelabur bermula dengan membuka akaun pelaburan dengan Wahed dan memilih tawaran yang tersenarai di laman web Program Booster Simpanan. 

 

Pelabur boleh mendaftar untuk program ini dengan melengkapkan pendaftaran yang berkait dengan tawaran-tawaran daripada rakan kongsi Wahed dan meletakkan sasaran untuk mereka mematuhi keperluan program. 

 

Apabila sasaran kewangan berjaya dicapai melalui portfolio pelaburan Wahed, pelabur tersebut dapat membeli barangan atau perkhidmatan yang disediakan oleh rakan kongsi program dengan tambahan ganjaran. 

 

Di bawah Program Booster Simpanan ini, para pelabur dapat memilih beberapa ganjaran yang ditawarkan oleh perniagaan-perniagaan yang terlibat dalam program tersebut. 

 

Sebagai permulaan, antara jenama yang terlibat termasuklah agensi pelancongan atas talian, Tripfez Travel Sdn. Bhd. yang mana peserta program dapat menikmati tawaran diskaun sebanyak RM400 ke atas semua pakej umrah yang disediakan. 

 

Selain itu, syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan pergigian dan orthodontik seperti Zenyum dan Artius turut menyertai program ini dengan memberi diskaun sehingga RM600 untuk ‘aligners’ dan produk tambahan dan sesi konsultasi percuma kepada peserta program ini. 

 

Mohd Izzat berkata, dengan pandemik dan keadaan penjagaan kesihatan di negara ini, adalah sangat penting untuk mencari kaedah baharu yang boleh dipercayai untuk golongan muda di Malaysia melabur secara selamat dan teratur demi kepentingan kewangan masa hadapan. 

 

"Wahed menyedari cabaran ini dan ingin memberikan jalan pelaburan yang mudah untuk dimulakan dengan dana serendah RM100 sambil memastikan proses pelaburan yang telus dan peluang yang saksama," tambahnya.

 

Program Booster Simpanan ini juga berjaya dilancarkan dengan kerjasama Wahed bersama Access Health International, yang membantu membina landasan kepada kerjasama dengan rakan-rakan kongsi dari sektor kesihatan. 

 

Dilancarkan di Malaysia pada 2019, Wahed dipantau oleh lembaga penasihat syariah yang memastikan pelaburan sentiasa patuh syariah dan berpegang kepada prinsip Islam. 

 

Dikuasai oleh algoritma kewangan hak milik sendiri yang berasaskan Teori Portfolio Moden (MPT), portfolio yang disediakan oleh Wahed bersesuaian kepada tahap risiko dan keperluan seseorang pelabur. - DagangNews.com