Wasiyyah Shoppe 'intai' kerjasama dengan Turki | DagangNews Skip to main content

Wasiyyah Shoppe 'intai' kerjasama dengan Turki

 Ariffin Sabirin menyampaikan anugerah kepada salah seorang perunding Wasiyyah Shoppe hari ini.

Ariffin Sabirin menyampaikan anugerah kepada salah seorang perunding Wasiyyah Shoppe hari ini.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 April - Syarikat amanah pelaburan patuh syariah terbesar Malaysia, Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah Shoppe) bakal memulakan kerjasama Turki bagi pasaran antarabangsa.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, negara berkenaan dipilih sebagai sasaran pasaran awal di peringkat antarabangsa.

 

"Turki dipilih kerana negara berkenaan memberi peluang akses kepada pasaran Eropah dan pasaran wilayah tengah.

 

"Di negara-negara berkenaan, perancangan harta secara syariah masih belum wujud hingga hari ini.

 

"Perkara itu memberi peluang kepada kita untuk mengfokuskan kepada kerjasama dengan Turki," katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena majlis makan tengah hari bagi meraikan 30 daie atau perunding terbaik syarikat berkenaan hari ini.

 

Turut hadir, Pengerusi Wasiyyah Shoppe Berhad, Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman.

 

Tambah beliau, peluang kerjasama tersebut bakal dijayakan bagi tempoh 2022/2023.

 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, bagi Julai tahun ini juga, pihaknya akan menggerakkan usaha pengurusan harta untuk membantu rakyat Malaysia yang mempunyai harta di luar negara.

 

"Ada rakyat Malaysia yang ada aset di United Kingdom, Australia dan lain-lain.

 

"Bermula dari Julai tahun ini, kita akan membantu juga rakyat Malaysia yang ada harta di luar negara dan untuk usaha itu, kami akan melakukan kerjasama dengan pihak ketiga di negra berkenaan.

 

"Negara-negara lain seperti Australia dan Indonesia juga dalam perancangan kerjasama kami," ujar beliau. - DagangNews.com