Widad Group dapat projek kerajaan Kedah RM129.4 juta | DagangNews Skip to main content

Widad Group dapat projek kerajaan Kedah RM129.4 juta

 

 

KUALA LUMPUR 21 Mei - Widad Group Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Widad Builders Sdn. Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM129.4 juta dari kerajaan negeri Kedah. 

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Widad Group berkata, kontrak tersebut bagi menaik taraf loji rawatan air di Kuala Muda, Kedah. 

 

"Widad Builders telah menerima kontrak ini semalam yang mana ia dianugerahkan pada Selasa, 18 Mei.

 

"Nilai kontrak keseluruhan projek hanya berdasarkan nilai keseluruhan RM129.4 juta dan tempoh kontrak adalah 130 minggu bermula dari 6 Jun 2021 hingga 2 Disember 2023," katanya hari ini. 

 

Menurut Widad Group, projek itu dijangka dibiayai melalui dana yang dihasilkan secara dalaman dan atau pinjaman luaran. 

 

"Projek ini juga dijangka dapat menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Widad Group dan anak syarikatnya sepanjang tempoh projek berjalan," jelasnya. - DagangNews.com