KUALA LUMPUR, 16 Okt. - Setelah hampir dua dekad beroperasi, laman web Yahoo bakal menamatkan perkhidmatannya mulai 15 Disember depan.
Menurut Yahoo, penutupan operasi laman web yang diperkenalkan sejak tahun 2001 itu berpunca daripada kemerosotan jumlah pengunjungnya sejak beberapa tahun lalu.
“Keputusan ini sukar bagi kami tetapi laman web Yahoo dilihat tidak lagi relevan atau seiring dengan strategi perkembangan jangka panjang Yahoo,” terang Yahoo dalam satu kenyataan emel kepada semua pengguna setianya.
Sejak kemunculan pesaing-pesaing lain seperti Facebook dan Google, laman web Yahoo semakin dilupakan walaupun memiliki pengunjungnya tersendiri.
Meskipun operasi laman web Yahoo bakal berakhir Disember depan, kandungan perbincangan baharu juga tidak boleh dimuat naik mulai 21 Oktober ini.
“Kami menggalakkan pengguna terus menggunakan platform-platform lain seperti Facebook Group, Google Groups mahupun Nextdoor sebagai alternatif terbaik masa kini untuk meneruskan interaksi maya berkumpulan,” jelas Yahoo dalam satu laporan Soya Cincau. – DagangNews.com