Zalora umum pelantikan Louise Pender sebagai CPO | DagangNews Skip to main content

Zalora umum pelantikan Louise Pender sebagai CPO

SINGAPURA 26 Ogos – Peruncit fesyen dalam talian, Zalora, hari ini mengumumkan pelantikan Louise Pender sebagai Ketua Pegawai Warga Kerja atau Chief People Officer (CPO).

Louise akan bertanggungjawab memantau warga kerja dan budaya pasukan di keseluruhan pasaran Zalora dan akan mengetuai semua fungsi sumber manusia, termasuk pengambilan bakat, pembangunan bakat, memastikan kepelbagaian dan keterangkuman, pampasan dan amalan baik penggajian, perancangan tenaga kerja dan perkongsian strategik perniagaan.

Beliau akan memegang jawatan sebagai ketua Jabatan Perundangan dan pasukan Kelestarian, di dalam peranan sedia adanya di Zalora sebagai ketua pegawai perundangan syarikat.

Mengulas mengenai pelantikan Louise sebagai CPO, Ketua Pegawai Eksekutif Zalora, Gunjan Soni berkata, sejajar dengan langkah Zalora di dalam melakar lembaran baru kisah pertumbuhannya, pihaknya mendapati wujud keperluan untuk mengatur emula masa hadapan pekerjaan bagi warga kerja Zalora.

Menurutnya, Lousie adalah pemimpin yang memiliki rekod di dalam membina dan memperkasa pasukan berprestasi tinggi. Kerjayanya berpusat kepada kesungguhannya untuk membantu organisasi dan individu mencapai potensi mereka sepenuhnya.

Katanya, sejak menyertai Zalora pada Mac 2016, Louise telah mempelopori sebilangan inisiatif warga kerja, termasuk kepelbagaian dan keterangkuman.

“Membina budaya tempat kerja di mana pekerja berasa dihargai dan bernilai telah sentiasa menjadi keutamaan kami, dan pelantikan Louise hari ini adalah bukti kepada komitmen itu.

“Saya yakin dengan Louise menerajui Warga Kerja dan Pasukan Budaya kita, Zalora akan menjadi tempat kerja yang paling diingini di Asia,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Louise memiliki lebih 20 tahun pengalaman menyediakan nasihat perundangan dan perniagaan di tiga benua dan membawa bersamanya pengalaman besar di dalam perubahan pengurusan serta pembangunan organisasi.

Sebelum ini beliau memegang jawatan kanan di United Group Services dan Siemens di Australia, Gate Group Holdings di Switzerland, dan Gate Gourmet Inc di Amerika Syarikat.

Louise adalah seorang peguam bela dan peguam cara bertauliah di Mahkamah Tinggi New Zealand pada 1997, dan juga di Mahkamah Agung Victoria, Australia pada 2003. Beliau kemudiannya diterima sebagai peguam di Virginia, Amerika Syarikat pada 2013. – DagangNews.com