Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
DEFINISI kepimpinan menyatakan bahawa perhubungan kuasa yang wujud di antara pemimpin dengan pengikut. Pemimpin mempunyai kuasa yang akan memberi kesan kepada sesuatu keadaan, Dan secara keseluruhannya kepimpinan itu merangkumi perspektif kemahiran. Dengan kepelbagaian kemampuan, kepimpinan yang lebih berkesan akan menggariskan kepentingan kepada keperluan pengetahuan dan kemahiran seorang pemimpin.
Penilaian prestasi pemimpin yang telah dipilih dan disokong, adakah penilaian prestasinya hanya berdasarkan janji yang diberi telah ditepati oleh pemimpin, lawatan atau aktiviti yang dianjurkan dijayakan dengan baik atau usaha-usaha pembangunan yang seterusnya diusahakan.
Sebelum menyatakan aspek penilaian prestasi para pemimpin, para penilai individu yang digelar sebagai pemimpin perlu memahami apakah definisi dan komponen pemimpin. Bagaimana dengan perbezaan kepimpinan dan pemimpin? Adakah setiap individu itu faham tentang penghuraian maksud kepimpinan dan pemimpin di dalam organisasi, atau perhubungan semasa.
Kepimpinan merupakan satu proses dimana seorang individu yang telah mempengaruhi kumpulan tertentu bagi mencapai matlamat yang telah digariskan atau dinyatakan. Kepimpinan ini juga dapat dihuraikan sebagai kepimpinan yang melibatkan pengaruh, berlaku secara berkumpulan, dan kepimpinan yang mempunyai tujuan yang telah dinyatakan.
Pandangan berbeza dalam kepimpinan pemimpin melibatkan sifat kepimpinan dan proses kepimpinan. Sifat kepimpinan adalah individu yang mempunyai sifat kepimpinan dengan bawaan khas atau pemberian sejak azali yang menjadikan individu itu mempunyai sifat sebagai pemimpin. Ia adalah satu perbezaan yang mempengaruhi kualiti seorang pemimpin. Sebab itu, bilangan pemimpin yang mempunyai sifat pemberian atau penganugerahan sejak azali itu adalah tidak seramai dengan pemimpin yang dilantik atas keperluan sesuatu.
Kualiti individu juga dinyatakan sebagai cara mengenali sifat ketua termaksuk keunikan fizikal, personaliti, bijak dan boleh berkomunikasi dengan baik senang difahami dan cara berkomunikasi yang beradat dan beradab.
Sifat kepimpinan itu merupakan sesuatu yang berkonsepkan satu ciri khas kepimpinan di dalam pelbagai peringkat dan perbezaan individu, perbezaan individu itu dapat dinyatakan sebagai individu yang dipilih dimana individu ini juga mempunyai nila bakat kepimpinan yang dianugerahkan sejak azali.
Sifat kepimpinan itu datang dari pemimpin di mana pemimpin tersebut mempunyai sifat kepimpinan seperti bijak atau cerdik dalam strategi pengurusan, pelaksanaan, perniagaan dan perakaunan, bersifat adil, berani dan tegas terutama dalam membuat sebarang keputusan, cekal, beradab, beradat, dan berilmu dan sifat kepimpinan yang ada itu bakal membentuk dan mencorakkan keadaan pengikut pemimpin itu sendiri.
Maka jelas melalui huraian tersebut kita dapat menyatakan perbezaan kewujudan pemimpin melalui sifat kepimpinan dan kewujudan kepimpinan melalui proses. Kewujudan kepimpinan melalui proses dapat digariskan bahawa kepimpinan itu adalah fenomena yang menyatakan mengenai perhubungan antara pemimpin dan para pengikut tersendiri, dan ini dinyatakan juga kewujudan kepimpinan yang dipunyai oleh kesemua individu. Sebagai proses, kepimpinan boleh diperhatikan melalui tingkah laku pemimpin.
Tingkah laku komunikasi adalah satu elemen penting sebagai seorang pemimpin kerana iamemainkan peranan besar dalam pengamalan beradat dan beradab sesuatu personaliti. Tingkah laku komunikasi juga dapat menggambarkan apakah individu tersebut mempunyai kemampuan yang jujur dalam membuat sebarang keputusan dan arahan.
Penghuraian sifat kepimpinan seorang pemimpin amat digeruni dan tidak dinyatakan dengan rujukan yang betul, salah satu ketakutan tersebut disebabkan ketidakfahaman mengenai perbezaan maksud kepimpinan dan pemimpin selain sifat kepimpinan dan proses kepimpinan.
Sekiranya indikator ini dapat difahami dan dapat dihuraikan secara terperinci serta senarai bukti, maka hasil keputusan dapat jelas diketahui oleh masyarakat pemerhati dan masyarakat pengikut mengenai pemimpin yang mana mempunyai nilai kepimpinan cemerlang dan jujur atau hanya mempunyai nilai kepimpinan yang bingung untuk mencapai matlamat, keliru dan tidak bercakap benar.
Apakah kesan tidak faham atau tidak mempunyai pengetahuan terperinci mengenai perbezaan sifat kepimpinan para pemimpin dan proses kepimpinan para pemimpin?. Seorang pemimpin yang mempunyai atau mengamal sifat kepimpinan yang terbaik secara tidak langsung, haruslah ada pengetahuan dan menjadi seorang pemimpin itu dalam proses kepimpinan yang utuh, maka keadaan ini akan dikategorikan sebagai sifat kepimpinan yang cemerlang.
Perkataan pemimpin cemerlang itu menggariskan satu proses kepimpinan yang dikukuhkan dengan mengamalkan sifat kepimpinan yang jujur. Manakala kalau dihuraikan sekiranya seorang pemimpin itu lahir dari hasil proses kepimpinan saja tanpa mengamalkan sifat kepimpinan maka ia menghasilkan interaksi kepimpinan yang mungkin mengganggu proses kepimpinan pemimpin itu sendiri dan juga mempengaruhi keadaan semasa para pengikutnya.
Ini jelas para pengikut tidak faham mengenai sifat kepimpinan pemimpinnya sendiri tetapi hanya faham bahawa proses kepimpinan melalui mengguna pakai pengaruh atau amalan interaksi kepimpinan secara positif atau sebaliknya.
PENILAIAN PRESTASI KEPIMPINAN
Apabila ketidakfahaman tentang perbezaan sifat kepimpinan dan proses kepimpinan, ia akan menjadi satu bahan ukuran dan kesan sama ada kesan positif atau negatif mengenai nilai kepimpinan para pemimpin tersebut. Belum ada penyataan atau garis panduan untuk dijadikan sebagai panduan penilaian prestasi yang wajib untuk para pemimpin.
Pemimpin ini boleh dikategorikan pemimpin yang ada di dalam organisasi kerajaan, organisasi swasta dan juga boleh digunakan dalam organisasi perniagaan sendiri, kumpulan atau pemimpin kawasan kampung, daerah, bahagian, negeri dan negara.
Faktor penilaian prestasi kepimpinan para pemimpin itu dicadangkan dengan menggariskan tiga indikator utama iaitu:
Kemampuan
- Mempunyai ilmu teknikal semasa dan terkini
- Kemahiran interpersonal
- Kemahiran menyelesaikan masalah
- Kemahiran analitikal
- Kemahiran komunikasi
- Batasan fizikal
Nilai Motivasi
- Cita-cita kejayaan
- Matlamat dan harapan
- Kepuasan kerja
- kekecewaan
- Persepsi kewajaran
- Hubungan dengan rakan sekerja
Persekitaran
- Kelengkapan barangan kerja
- Reka bentuk pekerjaan
- Kepekaan terhadap kondisi ekonomi
- Kepekaan terhadap persatuan
- Patuh kepada undang-undang dan polisi
- Sokongan pengurusan
- Faham mengenai peraturan dan undang-undang
Gambarajah 2: Cadangan Indikator Penilaian Prestasi Kepimpinan Para Pemimpin (DrDtaj4000/8/1)
Ini adalah contoh gambaran asas tentang cadangan penilaian prestasi kepimpinan untuk para pemimpin.
Setiap indikator yang disertakan dengan senarai soalan berdasarkan indikator terperinci. Soalan-soalan tersebut akan diberikan kepada para penilai untuk menilai soalan-soalan sebelum diedarkan. Kaedah tinjauan diguna pakai melalui tinjauan peribadi dan tinjauan secara maya. Senarai para penilai yang akan berbincang dan membuat keputusan terdiri daripada :
- Para penilai esekutif yang dilantik oleh organisasi
- Para penilai daripada pihak kakitangan (bukan esekutif)
- Para penilai luar daripada organisasi
Penilaian prestasi kepimpinan untuk para pemimpin amat diperlukan, ini bukan saja untuk menjadikan pengukuran prestasi kepimpinan mala kaedah ini dapat memberi satu garis panduan kepada para pemimpin untuk faham kesinambungan tugasan ada pengamalan semasa pemimpin kepada keberkesanan positif dan terbaik kepada persekitaran semasa.
Keberkesanan kepada pengurusan kejayaan dalam pemahaman nilai sifat kepimpinan dan proses kepimpinan dapat merealisasikan strategi pengurusan dan pembangunan di dalam diri pemimpin itu sendiri, organisasi, persekitaraan dan masyarakat.
Kesemua pemahaman yang terperinci akan memberi kesan terbaik kepada pengurusan perspektif yang melalui perancangan, pelaksanaan, koordinasi, belanjawan, mengetuai, dorongan positif, pemantauan yang terperinci dan penyataan, dengan mengamalkan pembangunan potensi sentiasa.
Sifat kepimpinan dan proses kepimpinan perlu mengambil kira perbagai pendekatan positif bagi mendorong perubahan, produktiviti, inovasi, tahap pembelajaran dan pengetahuan bagi membangunkan potensi, bakat, kebolehan, kecekapan dimana ini dapat dikategorikan sebagai profesionalisme dan perubahan sikap positif para pemimpin bagi menjadikan kepercayaan dan tugasan itu suatu profesion yang mendorong kepada perubahan dan kemajuan diri sendiri, persekitaran dan masyarakat.
Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia , Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah.
KOLEKSI DEWI
Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
Kaum hawa semakin tidak beradab?
ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA DALAM KEHIDUPAN?
Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
The benefits of knowing your own talent
Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut