Castrol adakan sambutan Hari Mekanik Malaysia pada 18 Mac 2022 | DagangNews Skip to main content

Castrol adakan sambutan Hari Mekanik Malaysia pada 18 Mac 2022

KUALA LUMPUR 17 Mac - Jenama minyak pelincir terkemuka dunia, Castrol bakal mengadakan sambutan Hari Mekanik Malaysia pada 18 Mac 2022 dengan tema The Game Changers sebagai tanda penghormatan kepada wira yang tidak didendang dalam kehidupan pemilik kenderaan.

 

Sambutan yang masuk kali keempat itu turut mencipta keistimewaan tersendiri apabila mereka menjalinkan kerjasama dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi menyemarakkan rasa hormat terhadap mekanik di Malaysia.

 

Bersempena dengan sambutan itu, Castrol akan memberikan hadiah berupa barangan eksklusif Castrol X EPL seperti jersi, topi dan bekas air menerusi pertandingan yang akan diadakan di media sosial.

 

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia & Singapura, Keow Mei Shan berkata,  pemilihan tema The Game Changers bagi sambutan tahun ini adalah sebagai menghargai sumbangan para mekanik terhadap kehidupan semua. 

 

"Walaupun tekesan akibat penularan pandemik, golongan mekanik tetap berjuang dengan melaksanakan tugas mereka membaiki kenderan kita semua dan kami berterima kasih terhadap sumbangan mereka.

 

“Kami berharap acara ini akan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap sumbangan mekanik dan pada masa sama ingin melihat lebih ramai rakyat Malaysia menyertai sambutan yang bakal diadakan itu," katanya.

 

castrol

 

Orang ramai yang ingin menyertai pertandingan di laman sosial anjuran Castrol itu hanya perlu mengambil gambar diri sendiri bersama jersi pasukan kegemaran masing-masing atau kemeja-T Castrol bersama kenderaan masing-masing dengan latar belakang bengkel jenama Castrol.

 

Kemudian, merkea perlu memuat naik foto berkenaan ke laman Facebook atau Instagram dengan ucapan terima kasih kepada mekanik mereka selain tanda pagar #CastrolHariMekanik dan #CastrolEPL yang mendapat jumlah ‘Like’ tertinggi akan memenangi barangan eksklusif Castrol X EPL. - DagangNews.com