Azri Azerai letak jawatan ahli lembaga pengarah Serba Dinamik | DagangNews Skip to main content

Azri Azerai letak jawatan ahli lembaga pengarah Serba Dinamik

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 6 Okt - Noor Azri Datuk Seri Noor Azerai mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Serba Dinamik Holdings Berhad.

 

"Perletakan jawatan ini bagi membolehkan saya memberi fokus lebih lagi masa kepada Bintai Kinden dan MGRC.

 

"Juga untuk mengumumkan hasrat saya untuk lebih terlibat di dalam SCIB. Berkobar-kobar untuk lebih banyak masa bertugas di Sarawak," kata beliau dalam perutusan menerusi Twitter di sini hari ini.


 

Azri Azerai

 


Azri dilantik ke lembaga pengarah Serba Dinamik pada November tahun lepas, turut melepaskan jawatan sebagai anggota jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pencalonan dan Remunisasi syarikat bermasalah kewangan tersebut.

 

Seperti dinyatakan dalam tweet beliau, Noor Azri kini merupakan Pengarah Eksekutif bagi syarikat Bintai Kinden, Malaysia Genomics Research Center Berhad dan ahli lembaga pengarah Sarawak Consolidated Industries Berhad. - DagangNews.com