Sunway, Maybank raih pengiktirafan pada Anugerah Pilihan Graduan 2023 | DagangNews Skip to main content

Sunway, Maybank raih pengiktirafan pada Anugerah Pilihan Graduan 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Jan - Sunway Group dan Maybank meraih pengiktirafan apabila masing-masing menjadi juara pada setiap kategori dipertandingkan di Anugerah Pilihan Graduan (GCA) 2023, anjuran Talentbank.

 

Sunway meraih lima kedudukan juara dalam sembilan kategori industri, manakala Maybank meraih tiga juara dan menjadi juara keseluruhan untuk seluruh kategori terbabit.

 

Selain itu, Petronas memenangi tiga juara dalam empat kategori kejuruteraan dan EY meraih anugerah dua juara dalam bidang perakaunan dan perundingan.

 

GCA 2023 mengambil kira kemahuan dan keperluan lebih daripada 23,000 penuntut di pusat pengajian tinggi awam dan swasta dalam pelbagai aspek berserta majikan pilihan utama mereka. 

 

Keputusannya disemak oleh sekumpulan ahli audit bagi memastikan hasil keputusannya adalah bebas dan sah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho berkata, pihaknya menghargai semua pemenang atau kerja keras, keazaman dan kecemerlangan serta keunikan yang anda peroleh menerusi penjenamaan majikan yang luar biasa di Malaysia.

 

Beliau berkata, sejak penubuhannya pada 2018, GCA Talentbank telah menerima lebih daripada 200,000 undian terkumpul daripada graduan universiti, sekaligus memberikan makna kepada anugerah berkenaan yang berkait dengan kemahuan siswazah dalam pemilihan majikan.

 

"Penuntut pusat pengajian tinggi dan universiti mengundi selama 12 bulan untuk GCA 2023 dan memandangkan kami terus menerima bilangan undian yang kian meningkat saban tahun, golongan mahasiswa memberi isyarat kepada industri mengenai kepentingan penjenamaan majikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

maybank

 

 

cga

 

Terdahulu, anugerah tersebut telah dirasmikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal, baru-baru ini.

 

GCA 2023 menyaksikan jenama besar seperti Maybank, Petronas, Shopee, Google dan Microsoft berada dalam senarai 25 pilihan utama Pilihan Majikan Graduan (GCA) 2023. 

 

Turut berada dalam senarai adalah Maxis, Shell, EY, CIMB dan Intel. 

 

Jenama yang berada dalam senarai lima tahun berturut-turut adalah AIA Berhad bagi kategori insurans, Maybank bagi kategori perbankan dan Nestlé bagi kategori makanan pengguna bergerak pantas (FMCG). - DagangNews.com