HeiTech Padu raih kontrak RM43.8 juta daripada PNB | DagangNews Skip to main content

HeiTech Padu raih kontrak RM43.8 juta daripada PNB

KUALA LUMPUR 6 Julai - HeiTech Padu Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM43.8 juta untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian infrastuktur yang luas bagi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dan Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB). 

 

Kumpulan menerima dan menandatangani surat anugerah (LOA) untuk membekalkan, memasang, menguji, mentauliahkan, mengendalikan operasi dan penyelenggaraan.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, HeiTech Padu berkata, kontrak itu adalah bagi tempoh 5 tahun bermula 1 Julai 2022.

 

"Kontrak ini tidak memberi kesan kepada aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022," katanya.

 

Sebaliknya, ia menjangkakan kontrak berkenaan akan menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan sesaham HeiTech. 

 

"Namun begitu, ia tidak memberi kesan ketara kepada polisi dividen, modal saham dan pemegangan utama kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022," tambahnya. - DagangNews.com