i-City, Huawei bekerjasama jenamakan semula bandar pintar | DagangNews Skip to main content

i-City, Huawei bekerjasama jenamakan semula bandar pintar

KUALA LUMPUR 20 Jan - I-City bekerjasama dengan Huawei Enterprise Malaysia untuk menjenamakan semula bandar pintar generasi akan datang di bandar teknologi pertama di negara ini yang dibangunkan oleh I-Bhd.

 

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi I-Bhd., Ricky Lim berkata, dengan peningkatan kecerdasan pintar (AI), pemilik hartanah pemilik hartanah boleh merasai bangunan yang lebih cekap, manakala penghuni dan pengunjung menikmati gaya hidup lebih selesa dan perniagaan pula memperoleh perkhidmatan serta jalur lebar yang cekap.

 

Katanya, kumpulan tidak berbelah bahagi dalam misinya untuk mencipta nilai lebih baik untuk pemegang kepentingan melalui teknologi yang lebih pintar. 

 

"Huawei dengan rekod yang baik sebagai gergasi teknologi di timur, yang mana separuh daripada bandar pintar dibina, merupakan sinergi yang tepat untuk membantu i-City, dan pemaju AI ke hadapan dalam mempercepatkan misi menjadi bandar pintar pertama dan paling progresif di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

Sejak 2008, kumpulan memberi tumpuan bukan sahaja kepada elemen seni bina tetapi juga bagaimana teknologi digital boleh dibawa dalam pembinaan.

 

Bagi i-City generasi akan datang itu, ia akan menyaksikan peningkatan penggunaan AI merangkumi rumah pintar, bandar pintar dan teknologi hartanah dalam mewujudkan nilai yang lebih baik kepada penduduk yang tinggal di situ, bekerja dan melawat bandar berkenaan. 

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Huawei Malaysia, David Li berkata, dengan kerjasama itu, pihaknya akan membangunkan teknologi dan infrastruktur untuk menyokong jalur lebar yang diperlukan dalam menghimpunkan data yang berbeza daripada berjuta-juta peranti pintar seperti telefon pintar, CCTV dan alat pengesan. 

 

"Dengan data ini, teknologi analitik termaju dan kemudiannya melaksanakan AI serta pembelajaran mesin untuk membuat keputusan maklum balas dalam beberapa saat untuk i-City berjalan dengan lancar,” katanya. - DagangNews.com