Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
KUALA LUMPUR 27 Sept - Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), berjaya memperoleh konsesi cari gali minyak dan gas baharu di Onshore Block 2 daripada pihak Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kewangan dan Ekonomi Abu Dhabi (SCFEA).