KUALA LUMPUR 27 Sept - Aeon Credit Service (M) Bhd mengisytiharkan dividen satu peringkat sebanyak 14.5 sen perlu dibayar pada 7 November ini.
Langkah itu diputuskan walaupun pemberi pinjaman bukan bank ini mencatatkan kejatuhan dalam pendapatan 41% tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM71.2 juta atau pendapatan sesaham 13.94 sen bagi suku kedua berakhir 31 Ogos 2024 (2Q25).
Walaupun hasil meningkat sebanyak 15% tahun ke tahun kepada RM541.4 juta hasil pertumbuhan pinjaman dan pembiayaan yang lebih kukuh.
Kejatuhan dalam keuntungan adalah disebabkan oleh peningkatan dalam nisbah perbelanjaan operasi, kerugian rosot nilai yang lebih tinggi ke atas pembiayaan belum terima dan peningkatan dalam perbelanjaan faedah bagi suku semasa disebabkan peminjaman yang lebih tinggi, sejajar dengan pertumbuhan belum terima.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AEON Credit berkata jumlah urus niaga dan volum pembiayaan pada suku semasa sebanyak RM2.2 bilion adalah lebih tinggi sebanyak 20.6% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
Sementara itu, bagi segmen belum terima pembiayaan kasar kumpulan setakat 31 Ogos 2024 adalah sebanyak RM13.2 bilion lebih tinggi iaitu RM1.63 bilion berbanding 31 Ogos tahun lepas. - DagangNews.com