Keuntungan bersih suku tahunan Gamuda naik 8% kepada RM273 juta
KUALA LUMPUR 27 Sept - Gamuda Bhd menjangkakan prestasi baik syarikat itu didorong terutamanya oleh aktiviti pembinaan di luar negara dan domestik, termasuk beberapa pusat data, dan sumbangan lebih tinggi daripada projek pemulihan pantas bahagian hartanah itu.