Citaglobal peroleh projek pembinaan jalan RM47.6 juta di Terengganu | DagangNews Skip to main content

Citaglobal peroleh projek pembinaan jalan RM47.6 juta di Terengganu

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 27 Sept - Citaglobal Bhd memperoleh projek pembinaan jalan raya di Terengganu bernilai RM47.56 juta.

 

Kontrak itu adalah Pakej 8 projek Jalan Raya Simpang Pulai–Gua Musang–Kuala Berang meliputi jalan dari Kampung Jeneris ke Kuala Telemong (Fasa 2 & 3) di Hulu Terengganu.

 

Ia termasuk pelbagai tugas seperti kerja tanah, pembinaan turapan, kerja saliran, perabot jalan dan kerja geoteknik, kata Citaglobal kepada Bursa Malaysia.

 

Projek ini telah dianugerahkan oleh After Image Sdn Bhd kepada anak syarikat milik penuh Citaglobal iaitu Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd (CESSB).

 

 

citaglobal

 

 

Menurut Citaglobal, pembinaan untuk projek itu ditetapkan untuk dimulakan pada 7 Oktober 2024, dengan jangkaan tarikh siap dalam tempoh 12 bulan.

 

Citaglobal terlibat dalam tenaga, kejuruteraan awam dan pembinaan, hartanah dan pembuatan.

 

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY2024), keuntungan bersih kumpulan turun 5.39% kepada RM2.84 juta daripada RM3 juta setahun sebelumnya, apabila hasil susut 8.08% kepada RM51.87 juta daripada RM56.43 juta pada caruman yang lebih rendah daripada segmen tenaga.

 

Bagi separuh pertama FY2024, Citaglobal mencatatkan keuntungan bersih RM5.03 juta pada hasil RM129.94 juta.

 

Saham Citaglobal susut 3.5 sen atau 3.66% untuk ditutup pada 92 sen pada Khamis, memberikannya permodalan pasaran RM391.4 juta. - DagangNews.com