AADK benarkan keluarga lawat klien di PUSPEN | DagangNews Skip to main content

AADK benarkan keluarga lawat klien di PUSPEN

PUTRAJAYA 15 Okt - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini membenarkan sesi lawatan keluarga/penjaga bagi klien AADK yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara.

 

Kenyataan AADK di sini menyatakan, sesi lawatan keluarga ini akan memberi ruang dan peluang kepada keluarga/penjaga dan klien
untuk bertemu mesra serta sebagai pendekatan teraputik dalam menyokong klien dalam institusi untuk terus memberi komitmen mengekalkan kepulihan.

 

''Kebenaran lawatan itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Setiap keluarga/penjaga perlu membuat janji temu dengan pihak PUSPEN bagi mengelakkan kesesakan, melancarkan perkhidmatan AADK dan mengelakkan risiko penularan jangkitan wabak COVID-19.

 

''Permohonan janji temu itu boleh dibuat menerusi pangggilan telefon; mesej pesanan ringkas (SMS), pesanan aplikasi WhatsApp; surat atau e-mel kepada Pegawai Pemulihan terlibat,'' kata AADK.

 

Menurut agensi itu lagi, lawatan secara walk-in adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh pandemik ini.

 

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi PUSPEN berkaitan atau melayari laman web rasmi AADK di www.adk.gov.my - DagangNews.com