11 fakta APEC 2020 yang anda kena tahu! | DagangNews Skip to main content

11 fakta APEC 2020 yang anda kena tahu!

APEC2020logo

BENAR pandemik COVID-19 yang mengakibatkan banyak perancangan hidup seharian kita terpaksa diubah, yang biasa harus ditinggalkan, yang kekok perlu dibiasakan dalam norma baharu sekarang.

 

Jadi bukan salah anda jika anda terlepas pandang fakta bahawa Malaysia adalah tuan rumah persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC 2020 dan bakal berlangsung pada 20 November ini.

 

Di sebalik cabaran COVID-19, Sekretariat Kebangsaan APEC 2020, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus menjalankan tugas di sebalik tabir bagi memastikan setiap agenda yang telah diatur dan dijadualkan, dapat dilangsungkan dan dicapai kata sepakat.

 

Sebagai langkah menyegarkan semula ingatan anda mengenai APEC 2020, berikut disenaraikan 10 fakta mengagumkan mengenai APEC 2020 secara mudah dan ringkas untuk rujukan sekilas anda:

 

APEC01

 

2. Berapa ramaikah keanggotaan APEC?

21 Ekonomi di sekitar Lingkungan Pasifik.

 

3. Apakah 21 Ekonomi berkenaan?
Selain Malaysia, 20 Ekonomi lagi ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Vietnam, Taiwan dan Thailand.

 

APEC4

 

5. Bagaimana APEC beroperasi?

APEC meraih matlamatnya dengan mempromosi dialog dan mencapai keputusan berdasarkan konsensus, memberi kesamarataan pandangan kepada semua negara anggota. Anggota Ekonomi APEC melaporkan kemajuan mengenai perdagangan bebas dan terbuka serta matlamat pelaburan menerusi IAP (Pelan Tindak Individu) dan CAP (Pelan Tindak Kolektif).

 

APEC01

6. Oleh kerana COVID-19, bagaimana sidang kemuncak APEC diadakan?
Tarikh 20 November telah ditetapkan dengan semua sidang diadakan secara persidangan video atau maya.

 

7. Siapa yang akan turut serta di dalam sidang kemuncak APEC?

Ketua-ketua negara kesemua 21 Ekonomi.

 

8. Apakah cabaran yang dihadapi bila diadakan secara maya?

Faktor perbezaan waktu. Sidang membabitkan ketua-ketua negara ini harus diadakan pada waktu yang tidak terlalu awal di Barat, tidak terlalu lewat di Malaysia, merangkumi lapan zon waktu di dunia!

 

9. Mengapa kita masih sibuk pasal APEC 2020 ketika Ekonomi dilanda COVID-19?
Ia saling berkait sebenarnya. Negara memerlukan suntikan dana pelaburan atau bantuan dalam usaha pemulihan ekonomi akibat pandemik ini. Platform APEC ini adalah wadah 21 Ekonomi sama-sama mencari penyelesaian dan rumusan bagi memulihkan semula ekonomi negara anggota dan dunia. Sidang ini bukan untuk menaikkan imej atau penarafan, tetapi penting sebagai satu daripada banyak usaha memulihkan Ekonomi. Malah, ia mungkin tidak nampak di mata tetapi hasilnya boleh diraih dalam jangka masa panjang.

 

10. Apa manfaat utama APEC?

Sejak ditubuhkan pada 1989, APEC boleh dikatakan sudah mencapai tahap kedewasaan dan menjadi enjin pertumbuhan ekonomi  yang dinamik dan menjadi satu daripada forum serantau paling penting di Asia Pasifik. Dengan 21 Ekonomi, APEC mewakili kira-kira 2.9 bilion orang penduduk dan lebih daripada separuh atau 60% Keluaran Dalam Negara Kasar dunia serta 48% dagangan dunia pada 2018.

 

APEC11

 

aaa