26.3 juta rakyat Malaysia divaksin, lebih 30% populasi lengkap 2 dos | DagangNews Skip to main content

26.3 juta rakyat Malaysia divaksin, lebih 30% populasi lengkap 2 dos

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Seramai 26.3 juta rakyat Malaysia telah menerima suntikan vaksin setakat 12 Ogos 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, jumlah kumulatif itu meliputi 16.5 juta penerima dos pertama dan 9.8 juta daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan.

 

.

 

Mengikut populasi pula, peratusan populasi divaksin melonjak kepada 50.7%, sebanyak 30.1% daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

 

Lembah Klang yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor merekodkan peratusan populasi divaksin tertinggi iaitu sebanyak 75.5%, 44.1% daripadanya lengkap dua dos vaksin.

 

.

 

Selain Lembah Klang, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis dan Pulau Pinang turut mencatatkan peratusan populasi divaksin melebihi 50%.

 

Sementara itu, peratusan vaksinasi bagi golongan dewasa pula meningkat kepada 16.5 juta (70.7%) bagi tempoh sama.

 

.

 

Sebanyak 9.8 juta (42.0%) daripadanya telah melengkapkan dua dos vaksin.

 

Bagi jumlah pemberian dos vaksin harian pula, sebanyak 525,342 dos vaksin berjaya diberikan semalam.

 

Jumlah tersebut melibatkan 197,962 pemberian dos pertama dan 327,380 dos kedua. - DagangNews.com