360,000 pakej penjagaan COVID-19 dihantar kepada B40 seluruh negara - Pos Malaysia | DagangNews Skip to main content

360,000 pakej penjagaan COVID-19 dihantar kepada B40 seluruh negara - Pos Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Jan - Pos Malaysia menghantar lebih 360,000 Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada keluarga B40 dan penghantaran dijangka selesai sepenuhnya menjelang Jun tahun ini.

 

Inisiatif PPC diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 September tahun lepas, di mana setiap keluarga disediakan pakej penjagaan mengandungi pelitup muka, kit ujian kendiri COVID-19, oximeter dan termometer serta risalah penggunaan dan maklumat kesihatan dalam setiap pakej.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, pihaknya berbangga dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penghantaran PPC kepada lebih 3 juta keluarga B40 di seluruh negara.

 

“Kami berbangga menjadi penyedia penghantaran pilihan oleh KKM dan diberi kepercayaan untuk menghantar pakej penjagaan tersebut kepada ramai keluarga. 

 

"Saya amat berbangga dengan lebih 15,000 'wira' (kakitangan) Pos Malaysia yang telah gigih memastikan rakyat Malaysia kekal terhubung dan kami akan memastikan semua PPC dihantar tepat pada masanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

 

pos

 

 

Menurut Charles, pihaknya membina kepercayaan menghubungkan kehidupan dan perniagaan bagi memastikan masa hadapan yang lebih baik. 

 

 

pos

 

 

"Sebagai satu pasukan kami menghantar, kami menghubungkan dan memperbaiki kehidupan. Pos Malaysia berbangga menyediakan perkhidmatan kepada setiap alamat di Malaysia, lebih 9 juta alamat di seluruh negara, tidak kira panas atau pun hujan,” katanya. - DagangNews.com