49.2% penduduk Lembah Klang divaksin, jumlah kumulatif vaksinasi Malaysia cecah lebih 15 juta | DagangNews Skip to main content

49.2% penduduk Lembah Klang divaksin, jumlah kumulatif vaksinasi Malaysia cecah lebih 15 juta

Vaksin COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 21 Julai - Peratusan penduduk di Lembah Klang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang telah divaksinasi meningkat kepada 49.2% setakat semalam.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, Lembah Klang merupakan kawasan ketiga yang mencatatkan jumlah penerimaan vaksinasi tertinggi di bekalang Labuan dan Sarawak hingga semalam.

 

.

 

Wilayah Persekutuan dan Sarawak masing-masing merekodkan peratusan vaksinasi sebanyak 60.1% dan 56.5%.

 

Selain Lembah Klang, Negeri Sembilan turut mencatatkan peratusan vaksinasi melebihi kadar 40%.

 

Bagi jumlah pemberian dos harian, sebanyak 299,593 dos berjaya diberikan semalam.

 

Jumlah berkenaan meliputi 204,064 pemberian dos pertama dan 95,529 dos kedua.

 

Jumlah harian tersebut bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding hari-hari sebelumnya yang melebihi 400,000 dos.

 

.

 

Peningkatan jumlah pemberian dos harian itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin sebanyak 15.07 juta bagi tempoh sama.

 

JKJAV berkata, jumlah berkenaan terdiri daripada 10.3 juta penerima dos pertama dan 4.7 juta yang menerima dos kedua.

 

Bagi peratusan populasi keseluruhan pula, Malaysia merekodkan populasi divaksinasi sebanyak 31.5% bagi dos pertama dan 14.6% bagi penerima dos kedua. - DagangNews.com