6,988 angka jangkitan hari ini, kes COVID-19 Selangor masih tertinggi | DagangNews Skip to main content

6,988 angka jangkitan hari ini, kes COVID-19 Selangor masih tertinggi

 

KUALA LUMPUR 1 Julai - Negeri Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada kes harian COVID-19 yang mencecah angka jangkitan 6,988, hari ini. 

 

Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi berjumlah 2,885 diikuti oleh Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311), Johor (270), Kedah (250) dan  Sabah (232). 

 

Sementara, Pahang mencatatkan 195 kes, Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50), Putrajaya (10) dan Perlis (1).

 

Noor Hisham Abdullah
Noor Hisham Abdullah

 

Berdasarkan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook miliknya, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 712 kes berbanding 6,276 kes dicatatkan semalam.

 

Ini sekali gus menjadikan jumlah terkumpul kes jangkitan COVID-19 harian di negara ini sebanyak 758,967 kes. - DagangNews.com