ACS terajui pembangunan penjagaan kesihatan | DagangNews Skip to main content

ACS terajui pembangunan penjagaan kesihatan

Tammy Lee

KUALA LUMPUR 24 Julai - Pentadbiran penjagaan kesihatan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), Allianz Care Solutions (ACS) menerajui kemajuan pembangunan dan penambahbaikan melalui platform pusat pentadbiran kesihatan dan pertanyaan sehenti.

Ketua ACS Allianz Malaysia, Tammy Lee berkata, ACS dibangunkan bagi mewujudkan pembangunan holistik yang mengfokuskan kepada penjagaan kesihatan. 

"Impian kami adalah untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar dan terkawal di samping mengfokuskan penjagaan kesihatan yang menyeluruh termasuk aspek pencegahan.

"Kami telah berusaha membina infrastruktur yang kukuh dengan meningkatkan keupayaan digital kami yang lebih khusus seperti automasi dan pengumpulan data bagi membantu pelanggan kami agar menggunakan faedah dengan optimum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ACS sebelum ini dikenali sebagai Customer Healthcare Administration.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ACS termasuk pengawasan tuntutan pesakit dalam dan luar negara, mengeluarkan surat jaminan, pengurusan rangkaian 140 panel penyedia perubatan (hospital) Allianz dan talian bantuan 24 jam yang menawarkan bantuan kemasukan ke hospital tanpa tunai.

Terbaharu, ACS meluaskan sokongannya kepada program Allianz We Care yang menawarkan manfaat COVID-19 secara percuma bagi rakyat Malaysia.

Melalui program itu, ACS akan memberi manfaat bantuan tunai COVID-19 serta manfaat kematian termasuk talian kesihatan COVID-19 seperti telekesihatan, e-farmasi dan fisioterapi secara dalam talian.

Tambah Lee, pihaknya akan terus berusaha untuk menawarkan lebih banyak produk serta perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

"Disamping produk dan perkhidmatan yang kami fokuskan, kami juga ingin meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan ini. 

"Kami mempunyai 70% pelanggan di ACS. Oleh itu, kami sentiasa melihat potensi yang dapat kami tingkatkan dan lakukan dengan sebaik mungkin," katanya. - DagangNews.com