Adnan Zainol Abidin dilantik pengerusi baharu PetGas | DagangNews Skip to main content

Adnan Zainol Abidin dilantik pengerusi baharu PetGas

KUALA LUMPUR 3 Julai - Petronas Gas Bhd. (PetGas) melantik Adnan Zainol Abidin sebagai pengerusi baharu syarikat tersebut berkuatkuasa hari ini.

Perlantikan itu dibuat bagi menggantikan Adif Zulkifli yang mengundurkan diri setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden Eksekutif dan Pegawai Eksekutif di Petrolium Nasional Bhd. (Petronas) pada Oktober tahun lalu.

Adnan, 58, dalam portfolionya pernah memegang jawatan Naib Presiden Eksekutif dan Pegawai Eksekutif bagi perniagaan gas dan tenaga boleh diperbaharui di Petronas pada Oktober 2019.

Dalam pada itu, Adnan juga pernah berkhidmat bersama syarikat minyak nasional lebih daripada 35 tahun sejak menyertainya pada 1984 selain pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden Kanan bagi projek penghantaran dan teknologi sejak April 2019.

Terkini, saham di PetGas berakhir 1.07% atau 18sen lebih tinggi pada nilai RM16.98 hari ini dengan modal pasaran sebanyak RM33.6 bilion. - DagangNews.com