Affin Hwang mulakan liputan terhadap Fiamma Holdings dengan saranan 'jual', TP RM0.53 | DagangNews Skip to main content

Affin Hwang mulakan liputan terhadap Fiamma Holdings dengan saranan 'jual', TP RM0.53

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Jun - Affin Hwang Investment Bank Research memulakan liputan terhadap Fiamma Holdings Berhad dengan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) RM0.53.

 

Firma itu berkata, produk keluaran kumpulan itu menyasarkan golongan berpenpdatan rendah serta pertengahan dan ia mungkin terkesan akibat tekanan inflasi semasa.

 

"Perubahan corak perbelanjaan pengguna daripada membeli barang kepada perkhidmatan mungkin memberi kesan kepada permintaan produk kumpulan itu," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Firma itu juga mengunjurkan pendapatan Fiamma akan menurun antara 1.5% hingga 4.3% bagi FY22E hingga FY24E.

 

Penurunan unjuran itu dibuat berdasarkan jualan yang lebih rendah daripada dagangan dan perkhidmatan kumpulan serta segmen hartanah.

 

Firma itu berkata, Malaysia sedang beralih ke fasa endemik ditambah dengan peningkatan kos sara hidup, pengguna akan berbelanja lebih untuk produk elektrik dan elektronik (E&E).

 

"Bagi segmen hartanah, kami mengunjurkan sumbangan yang rendah akibat projek baharu yang tidak menarik selain syarat permohonan pinjaman yang ketat.

 

"Kami mengunjurkan pendapatan teras kumpulan menguncup antara 0.6% hingga 11.1% akibat jualan yang rendah daripada dagangan dan segemen perkhidmatan yang terkesan akibat perubahan corak perbelanjaan pengguna disebabkan inflasi selain penurunan margin keuntungan akibat peningkatan kos serta kelemahan ringgit," katanya - DagangNews.com