AiruFlo jalin kerjasama dengan 10 farmasi untuk pasarkan pelitup muka silikon | DagangNews Skip to main content

AiruFlo jalin kerjasama dengan 10 farmasi untuk pasarkan pelitup muka silikon

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Okt - Pengeluar pelitup muka silikon modular pertama di Malaysia, AiruFlo menjalinkan kerjasama dengan 10 farmasi terkemuka bagi membolehkan produk mereka lebih banyak tersedia secara fizikal di seluruh negara.

 

Menerusi kerjasama itu, pelitup muka AiruFlo akan dijual di 41 cawangan farmasi seluruh negara menjadikannya lebih mudah didapati oleh orang ramai selain menggalakan penggunaan pelitup muka boleh dipakai semula.  

 

Rakan farmasi AiruFlo merangkumi Aeon Malaysia, Ascen Plus Pharmacy, Consult Pharmacy, Friends’ Pharmacy, GEM Pharmacy, Happy Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy dan Medsense Pharmacy.

 

Pengasas Bersama AiruFlo, MC Leong berkata, pihaknya sangat teruja dengan kerjasama dengan rakan farmasi kerana ia akan meluaskan capaian pelitup muka boleh guna semula mereka kepada umum. 

 

"Pelitup muka merupakan perkara penting dalam kehidupan harian, walaupun ia tidak lagi diperlukan untuk dipakai ketika kita memasuki fasa endemik namun penggunaan pelitup muka pakai buang telah menjejaskan ekosistem kita.

 

"Kesan daripada itu, orang ramai mencari topeng yang boleh diguna semula dan pada masa sama memberi perlindungan yang mencukupi," katanya dalam atu kenayataan, hari ini.

 

pelitup

 

Pelitup muka AiruFlo memenuhi keperluan kebersihan dan perlindungan antarabangsa oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA). 

 

Pelitup muka AiruFlo dibuat dengan silikon gred makanan yang membantu melindungi daripada bakteria dan bahan pencemar sambil memberikan sensasi lembut dan bernafas pada muka.

 

Pelitup muka itu ini mudah dicuci dan serasi dengan pelbagai penapis boleh diganti AiruFlo berbeza yang boleh ditukar secara berkala.

 

AiruFlo mempunyai tali boleh laras dan reka bentuk modular yang membolehkan pengguna melaraskan pelitup muka mereka mereka mengikut keperluan. - DagangNews.com