AmInvestment mulakan liputan terhadap Lee Swee Kiat Group dengan saranan 'beli, FV RM1.00 | DagangNews Skip to main content

AmInvestment mulakan liputan terhadap Lee Swee Kiat Group dengan saranan 'beli, FV RM1.00

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Sept - AmInvestment Bank Research memulakan liputan terhadap Lee Swee Kiat Group dengan saranan 'beli' pada nilai wajar (FV) RM1.00 sesaham.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu menguasai 10% bahagian pasaran jualan tilam selain memiliki dua kemudahan pembuatan dengan kapasiti tahunan sebanyak 7,000 tan metrik busa lateks yang beroperasi dengan kadar penggunaan antara 78% hingga 79% sejak tiga tahun lalu.

 

Katanya, dengan pengalaman lebih 45 tahu di dalam industri, kumpulan itu berjaya menghasilkan jenama seperti Napure dan Englander dengan struktur harga yang berpatutan tanpa mempengaruhi kualiti.

 

Bagaimanapun, kumpulan itu dapat meningkatkan bahagian pasarannya dalam kalangan tiga pengeluar tilam lateks tempatan teratas daripada 49% pada 2018 kepada 59% pada 2021.

 

Selain itu, kumpulan ini mempunyai rangkaian pelanggan yang pelbagai dan ia membantu meningkatkan perniagaan dalam memanfaatkan permintaan domestik dan global yang semakin meningkat untuk tilam.

 

"Kami percaya merupakan proksi kepada beberapa trend struktur positif jangka panjang termasuk meningkatkan keutamaan pengguna untuk tilam lateks, kesedaran kesihatan selepas wabak dan meningkatkan keselesaaan.

 

"Bagaimanapun, kami menjangkakan akan berlaku gangguan terhadap perkembangan hasil kumpulan pada FY23 akibat inflasi yang tinggi, dasar monetari yang akan memberi kesan dalam bidang perniagaan domestik serta global," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu mengunjurkan pendapatan kumpulan akan bertambah baik dengan pendapatan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 24.6% pada FY21–24 berasaskan hasil sebanyak 23.2%, didorong oleh kerjasama Cuckoo di dalam pasaran domestik.

 

Kumpulan itu memiliki kedudukan kewangan yang kukuh sebanyak RM11.7 juta pada 30 Jun 2022. - DagangNews.com