Apple, Facebook & Microsoft kecam sekatan visa Trump | DagangNews Skip to main content

Apple, Facebook & Microsoft kecam sekatan visa Trump

White House

NEW YORK 13 Ogos - Apple, Facebook dan Microsoft adalah antara 52 syarikat dan organisasi besar dalam pengadilan mahkamah yang mengecam sekatan visa pekerja sementara yang dibuat pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Jelas syarikat terbabit, tindakan tersebut pada dasarnya dapat mengurangkan kepentingan terhadap AS dengan menyekat kemampuan pasaran negara tersebut untuk menarik perniagaan besar, mendorong inovasi serta pembangunan ekonomi negara.

Amazon, Netflix dan Twitter juga turut serta dalam taklimat pengadilan berkenaan.

Dalam satu nota ringkas amicus yang difailkan pada Isnin, syarikat-syarikat tersebut telah memberi amaran mengenai kesan sekatan pekerja asing ke AS.

Jelas mereka, sekatan tersebut memberi peluang kepada pesaing di peringkat global seperti Kanada, China dan India untuk menarik pekerja asing yang terlatih dan berkemahiran.

"Perniagaan di AS berusaha untuk mendapatkan tenaga kerja yang berkemahiran untuk berkhidmat di lokasi luar sempadan negara kita, sekatan itu tidak mempertimbangkan kepada keperluan ini," jelas mereka seperti dipetik CNN.

Nota tersebut adalah sebahagian daripada tuntutan kepada mahkamah terhadap keputusan sekatan visa hingga akhir 2020 yang diputuskan pada Jun lalu.

Pada Jun lalu, Rumah Putih telah memperkenalkan sekatan baharu terhadap visa pekerja sementara di AS.

Sekatan tersebut dibuat dengan alasan jumlah pengangguran di AS adalah tinggi akibat daripada wabak COVID-19.

Laporan CNN sebelum ini turut mendedahkan penglibatan penasihat imigresen utama Trump, Stephen Miller yang merupakan individu penting disebalik desakan kepada sekatan tersebut. - DagangNews.com