AWC, USM jalin kerjasama wujudkan kampus pintar, fokus kepada e-mobiliti | DagangNews Skip to main content

AWC, USM jalin kerjasama wujudkan kampus pintar, fokus kepada e-mobiliti

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Okt - AWC Berhad memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sains Malaysia (USM) bagi meneroka kemungkinan mewujudkan kampus pintar dan hijau dengan fokus kepada penyediaan basikal elektrik (e-Mobiliti).

 

Selain itu, kerjasama berkenaan juga adalah bagi mencari rumusan berkaitan dengan fokus utama.

 

Kumpulan itu berkata, MOU berkenaan membolehkan pihak berkenaan meneroka peluang di kampus pintar dan hijau dengan tumpuan kepada e-Mobiliti dan perkhidmatan serta rumusan yang berkaitan.

 

"Kerjasama ini adalah selaras dengan strategi keseluruhan Kumpulan untuk menumpukan pada mengembangkan perniagaan berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan memudahkan pertumbuhan berterusan perniagaan teras kumpulan sebagai pemain ESG yang pelbagai.

 

"MOU itu berkuat kuasa selama 12 bulan melainkan ditamatkan oleh oleh mana-mana pihak. 

 

"MOU akan ditamatkan secara automatik jika mana-mana pihak telah membuat perjanjian muktamad bagi melaksanakan tujuan dan objektif MOU ini atau tamat tempoh atau mana-mana yang terdahulu," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Perjanjian itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar AWC. 

 

Ia juga tidak mempunyai sebarang kesan ketara ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024. - DagangNews.com