AZRB terima kontrak RM152 juta bina Hospital Pakar Port Dickson | DagangNews Skip to main content

AZRB terima kontrak RM152 juta bina Hospital Pakar Port Dickson

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Julai - Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) menerusi Ahmad Zaki Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM152 juta daripada Jabatan Kerja Raya bagi pembinaan Hospital Pakar Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Kumpulan itu berkata, kontrak itu melibatkan kerja-kerja mereka bentuk dan membina hospital pakar di Port Dickson.

 

"Kontrak itu adalah bagi tempoh 156 minggu bermula dari 6 Ogos 2024," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini. 

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan.

 

Tiada pengarah dan pemegang saham utama AZRB atau mana-mana orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu.

 

Lembaga Pengarah AZRB berpendapat bahawa kontrak adalah demi kepentingan terbaik syarikat. - DagangNews.com