Bank Malaysia tidak akan alami nasib seperti Silicon Valley Bank - HLIB | DagangNews Skip to main content

Bank Malaysia tidak akan alami nasib seperti Silicon Valley Bank - HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Mac - Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan bank di Malaysia tidak akan mengalami nasib sama seperti Silicon Valley Bank (SVB).

 

Firma itu berkata, kemelesetan SVB adalah kerana mereka terlalu bergantung kepada depositi borong pemula dan modal teroka selain mereka terpaksa menjual pelaburan bon untuk mendapatkan wang tunai selain perancangan komunikasi krisis yang lemah. 

 

Katanya, di Malaysia, bank tempatan mempunyai penumpuan lebih besar dalam deposit runcit dengan peratusan melebihi 40% berbanding SVB kurang daripada 10%.

 

"Selain itu, mereka mempunyai nisbah perlindungan kecairan (LCR) dan nisbah Pembiayaan Stabil Bersih (NSFR) sebanyak 100% seperti yang diperlukan oleh Bank Negara Malaysoa (BNM).
 

"Tidak seperti SVB kerana mereka dikecualikan daripada peraturan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat kerana saiznya yang lebih kecil," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, walaupun kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) kurang pada tahun ini, namun persaingan persaingan bagi simpanan tetap semakin berkurangan dan sebahagiannya disebabkan prospek pertumbuhan pinjaman yang lebih perlahan. 

 

Katanya, pemampatan margin faedah bersih (NIM) adalah seperti jangkaan, bank domestik seperti Maybank, CIMB dan Public Bank mula mengahadapi kemerosotan bagi FY23, antara 5 hingga 10bp.

 

"Bank Negara Malaysia (BNM) berpotensi meningkatkan nisbah keperluan rizab berkanun (SRR), yang kini berada pada 2% berbanding sebelum pandemik iaitu 3.5%.

 

"Berdasarkan pengiraan kami, setiap kenaikan SRR 50bp dan dengan mengandaikan 4% hasil faedah yang diketepikan akan mengurangkan pendapatan bank sebanyak 1% sahaja," katanya.

 

Firma itu menyemak naik penarafan sektor itu kepada 'overweight'. - DagangNews.com