Binastra raih kontrak RM67.6 juta bangunkan semula tapak loji rawatan kumbahan di Cheras | DagangNews Skip to main content

Binastra raih kontrak RM67.6 juta bangunkan semula tapak loji rawatan kumbahan di Cheras

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Binastra berkata, anak syarikatnya itu menerima surat anugerah bertarikh 27 November 2024 daripada F3 Cheras Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembangunan semula loji itu./ Gambar dari laman web Binastra
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 27 Nov - Binastra Corporation Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Binastra Builders Sdn Bhd menerima kontrak pembinaan RM67.55 juta bagi projek pembangunan semula tapak loji rawatan kumbahan di Cheras, Kuala Lumpur.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Binastra berkata, anak syarikatnya itu menerima surat anugerah bertarikh 27 November 2024 daripada F3 Cheras Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembangunan semula loji itu. 

 

"Kontrak tersebut meliputi kerja-kerja seperti reka bentuk, pembekalan dan penghantaran, pembinaan dan pemasangan yang lengkap, serta pengujian dan pentauliahan. 

 

"Kerja-kerja tersebut juga melibatkan penyahtauliahan kemudahan kumbahan sedia ada.

 

Menurut Binastra, kontrak itu akan dijangka siap dalam masa 36 bulan dari tarikh permulaan.

 

"Kemenangan kontrak ini dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan untuk Kumpulan dalam tempoh empat tahun kewangan akan datang.

 

"Kontrak ini tidak akan memberi kesan terhadap modal saham yang diterbitkan oleh syarikat tetapi dijangka akan menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih setiap saham kumpulan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2025 hingga 2028," katanya. - DagangNews.com