Barisan Nasional menang 2 kali semasa era Ismail Sabri jadi PM | DagangNews Skip to main content

Barisan Nasional menang 2 kali semasa era Ismail Sabri jadi PM

Ismail Sabri Yaakob (empat dari kiri) bersama pemimpin kanan Barisan Nasional meraikan kemenangan PRN Johor pada 12 Mac 2022.

PADA Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Barisan Nasional menang dengan 21 kerusi dari 28 kerusi DUN. Di PRN Johor, BN menang besar dengan meraih 40 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Johor.

 

Dalam dua pilihan raya negeri ini, jelas membuktikan rakyat mulai menerima semula Barisan Nasional atas kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

 

Dasar dan pendekatan yang dibuat oleh Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia memberi impak di Melaka dan Johor.

 

Pendekatan "Keluarga Malaysia" telah mengeratkan lagi perpaduan, suasana harmoni dan kestabilan antara kaum di negara ini. 

 

Menerusi pendekatan "Keluarga Malaysia" ini, kebajikan dan keperluan rakyat diutamakan.

 

Perdana Menteri terus mengutamakan soal pekerjaan rakyat, kestabilan harga barang dan membina kembali kehidupan rakyat selepas pandemik COVID-19.

 

Ismail Sabri mempermudahkan bantuan kepada mangsa banjir. Mempermudahkan urusan untuk pembeli rumah, tanpa slip gaji pun boleh memiliki rumah.

 

Apa yang lebih penting, sejak Ismail Sabri menjadi PM, kadar pengangguran di Malaysia telah berjaya dikurangkan dengan banyak sekali.

 

Pakatan Harapan seolah kering dan kontang isu bila banyak isu rakyat telah berjaya diatasi di peringkat Kerajaan Pusat oleh Perdana Menteri. Tiada isu besar berjaya dimainkan sama ada oleh pihak PH, MUDA, Pejuang dan parti-parti lain.

 

Tiada lagi PKP, semua rakyat bergerak bebas menjalankan aktiviti mereka ketika era Ismail Sabri menjadi PM. Terbaru, sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini.

 

Terima kasih Perdana Menteri. Rakyat tahu bila PM daripada Barisan Nasional, banyak manfaat yang rakyat boleh peroleh.

 

Sebab itulah rakyat mahu kerajaan negeri yang selari di peringkat negeri dan pusat, agar banyak dasar yang baik untuk rakyat dapat dilaksanakan.

 

Rakyat Marhaen
13 Mac 2021