Bawal termahal RM100k terima pengiktirafan Malaysia Book Of Records | DagangNews Skip to main content

Bawal termahal RM100k terima pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Bawal Exclusive

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Bawal Exclusive melancarkan produk tudung bawal dengan hamparan dan taburan kristal Swarovski yang cukup indah bernilai RM100,000 hari ini.

Lebih menarik, produk termahal di dunia itu turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records.

Pengasasnya, Haliza Maysuri berkata, tudung tersebut merupakan pemberian khas Swarovski kepada pihaknya sebagai tanda penghargaan kerana terlibat antara pemborong terbesar dunia.

"Pemberian ini juga bersempena dengan pembukaan Private Lounge Bawal Exclusive di Puchong, Selangor pada September nanti.

Bawal Exclusive

"Ia juga bersempena dengan meraikan ulang tahun Swarovski ke-125 pada tahun ini," katanya dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran produk tersebut sebentar tadi. 

Turut hadir, Pengarah Urusan Swaroski ASEAN, Australia dan New Zealand, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book Of Records, Christopher Wong dan Pengarah Pemasaran Malaysia Book Of Records, Jwan Heah.

Tudung tersebut direka dan diinspirasikan khusus oleh pengasasnya, Haliza Maysuri dan Mohd. Rosli Awang selepas berpeluang ke majlis makan malam oleh pihak ibu pejabat Swarovski di Wattens, Austria pada 24 Oktober 201 bersempena dengan pembukaan Swarovski manufaktur.

Bawal Exclusive

Tudung bersaiz 1.14 X 1.14 meter itu turut diserlahkan dengan taburan 7,512 kristal Swarovski yang disiapkan selama 320 jam oleh 12 pekerja.

"Ini juga sebagai pembuktian yang peniaga Islam juga mampu berdiri sama tinggi dengan jenama popular lain. Jangan takut untuk merialisasikan impian, semuanya bermula dengan langkah pertama," jelasnya lagi.- DagangNews.com