Bekas AG dilantik Pengerusi Metronic | DagangNews Skip to main content

Bekas AG dilantik Pengerusi Metronic

 

 


KUALA LUMPUR 1 Julai - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif Metronic Global Bhd. berkuat kuasa hari ini. 

 

Beliau memiliki pengalaman lebih 48 tahun dalam bidang guaman merangkumi perkhidmatan kehakiman dan perundangan, firma persendirian dan kehakiman. 

 

Sebelum ini, beliau merupakan Peguam Negara yang ke-9 dilantik bagi tempoh 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018.

 

Apandi kini mengendalikan firmanya, Apandi Ali & Co. sejak 1 November 2018 dan turut menduduki kerusi lembaga pengarah Jiankun International Bhd. sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif. 

 

Metronic ditubuhkan pada Oktober 2003 dan menyediakan perkhidmatan teknologi perindustrian bertaraf antarabangsa. 

 

Ketika ditutup petang ini, saham Metronic menokok 7.14% kepada 7.5 sen. - DagangNews.com