BELANJAWAN 2021 : 3 inisiatif bantu ringankan beban rakyat | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021 : 3 inisiatif bantu ringankan beban rakyat


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Bagi inisiatif meringankan beban kewangan rakyat semasa tempoh krisis wabak ini, kerajaan melaksanakan insiatif berikut di bawah Belanjawan 2021. 

 

Inisiatif pertama :
-Penurunan kadar cukai pendapatan. Kerajaan bersetuju kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin diturunkan sebanyak 1 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 yang dijangka memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.

 

Inisiatif kedua :
-Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH dan bakal penerima BPR dan kepada perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000. 
Peminjam dalam kategori ini akan diberi pilihan iaitu menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan atau
mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Fleksibiliti-fleksibiliti ini akan bermula pada Disember 2020.

 

Inisiatif ketiga :
-Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada 9% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion. - DagangNews.com