KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kerajaan akan terus menyediakan perumahan yang selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan rendah melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk membina 14,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat.
Sejumlah RM315 juta pula akan diperuntukkan untuk membina 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB.
Bagi penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana rendah pula, sebanyak RM125 juta diperuntukkan. Ini
Ini termasuk bantuan membaik pulih rumah usang dan yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.
Selain itu, sebanyak RM310 juta ringgit disalurkan untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia. - DagangNews.com