Beli peranti perubatan yang ada kelulusan MDA, elak diri tertipu produk palsu | DagangNews Skip to main content

Beli peranti perubatan yang ada kelulusan MDA, elak diri tertipu produk palsu

KUALA LUMPUR 20 Feb - Pengguna perlu memastikan peralatan kesihatan atau perubatan yang dibeli mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) bagi mengelakkan diri mereka tertipu dengan produk palsu yang boleh membahayakan kesihatan.

 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, semua peralatan dan barangan kesihatan atau perubatan yang dijual di pasaran sepatutnya mendapat kelulusan MDA.

 

"Baru-baru ini tular video memaparkan keputusan kit ujian kendiri COVID-19 yang positif hanya dengan menggunakan air paip.

 

"Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara itu, namun siasatan terperinci sedang dijalankan. 

 

"Ini yang kami bimbang terutama jika pembelian secara dalam talian yang dijual pada harga murah dan tiada kelulusan MDA, jadi kita nasihatkan pengguna sebelum beli pastikan ada cop MDA," katanya selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kampung Batu Hampar, Manir di sini, lapor Berita Harian.

 

Sementara itu, Rosol berkata, kerajaan memberi jaminan bekalan kit ujian pantas (RTK) Antigen COVID-19 mencukupi di seluruh negara, termasuk di negeri yang merekodkan kes positif yang tinggi.

 

"Setakat ini, terdapat kira-kira 18 juta unit kit ujian untuk menampung keperluan rakyat dan tidak timbul isu kekurangan bekalan RTK di pasaran kerana pemeriksaan yang dijalankan mendapati ia mencukupi.

 

"Kerajaan menetapkan harga borong dan runcit maksimum RTK ini masing-masing RM16 dan RM19.90, namun pemeriksaan mendapati ada yang menjual lebih murah daripada itu.

 

"Apabila ia dijual dengan harga murah di sesetengah premis, bekalan itu memang cepat habis, namun bekalan kit ujian itu ada di kedai atau farmasi di kawasan sekitarnya," katanya. - DagangNews.com