Berhentikan pekerja: 93 laporan polis dibuat terhadap CEO HSBC Bank Malaysia - NUBE | DagangNews Skip to main content

Berhentikan pekerja: 93 laporan polis dibuat terhadap CEO HSBC Bank Malaysia - NUBE

J Solomon

J Solomon.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 14 Julai - Sebanyak 93 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Ketua Pegawai Operasi HSBC Bank Malaysia Berhad, Stuart Time ekoran keputusannya untuk menghentikan pekerja dengan tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong semasa krisis pandemik.

 

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, 18 Mei tahun lalu ketika negara mencatatkan 44 kes baharu COVID-19, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan para majikan agar tidak membuang pekerja dengan sewenang- wenangnya.

 

"Pada 3 Jun 2021, CEO HSBC Bank Malaysia telah memilih untuk mengumumkan skim pemberhentian pekerja melibatkan 600 orang pekerja ketika kes baharu COVID-19 melonjak ke paras 8,209 dengan sebanyak 103 kematian.

 

"Pengumuman ini dibuat walaupun keuntungan besar dicatatkan oleh Bank. Lebih-lebih lagi kumpulan sasaran adalah B40 dan M40. Sudah jelas bahawa pengumuman CEO itu dilakukan dengan sengaja untuk memperlekehkan nasihat Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan.

 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihak yakin bahawa pihak PDRM tidak akan berkompromi dalam memberikan perlindungan sewajarnya ke atas Institusi Diraja dan rakyat.

 

Tambah beliau, NUBE berpendirian bahawa ketidakpatuhan Stuart Milne adalah satu pengkhianatan kepada Raja kita dan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

 

"Kami berbangga dan berterima kasih kepada 93 pegawai dan anggota NUBE, yang di tengah wabak sekarang sanggup ke Balai Polis di seluruh negara untuk membuat laporan demi melindungi Institusi Diraja dan pekerja-pekerja yang mengalami kecederaan mental, yang disebabkan oleh tindakan CEO HSBC Bank Malaysia, Stuart Milne yang tidak menghormati budaya Malaysia," katanya lagi. - DagangNews.com