Berjaya Food berdepan risiko penyusutan margin keuntungan, kesan kenaikan inflasi - RHB Research | DagangNews Skip to main content

Berjaya Food berdepan risiko penyusutan margin keuntungan, kesan kenaikan inflasi - RHB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Mac - Berjaya Food Berhad berdepan risiko penyusutan margin keuntungan kesan tekanan daripada kenaikan inflasi dan nomalisasi kadar sewaan dan gaji pekerja.

 

RHB Research berkata, bagaimanapun kumpulan itu yakin dapat mencapai pertumbuhan jualan kedai yang sama (SSSG) pada tahun ini didorong pelancaran produk baharu serta penglibatan pasaran selain purata harga jualan (ASP) yang lebih tinggi berdasarkan kenaikan harga sebanyak 6% pada Disember 2022.

 

"Selain itu, pihak kumpulan itu percaya bahawa pelbagai langkah yang dicadangkan dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan semula adalah untuk menyokong perbelanjaan pengguna juga memberi perkembangan positif kepada syarikat.

 

"Ini akan dilengkapkan lagi dengan kehadiran semula pelancong China yang akan meningkatkan jumlah pengunjung ke cawangan perniagaan mereka," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, Paris Baguette menerima sambutan yang sangat baik sejak membuat penampilan sulung dan mereka dijangka mula menghasilkan keuntungan dalam tempoh setahun sekiranya berjaya mengekalkan momentum jualan.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu menyasarkan pembukaan lima cawangan baharu (dengan perbelanjaan modal (capex) RM2 juta setiap cawangan) setiap tahun dan pada masa sama mengembangkan kapasiti dapur pusatnya (capex antara RM2 hingga RM3 juta bagi setiap dapur). 

 

Melangkah ke hadapan, pihak pengurusan menyasarkan untuk membuka lima cawangan (capex: MYR2m setiap kedai) setiap tahun, sambil terus mengembangkan kapasiti untuk dapur pusatnya (capex: MYR2-3m setiap dapur).

 

Katanya, bajet untuk kedai Paris Baguette adalah lebih tinggi daripada keperluan untuk Starbucks.

 

"Sumbangan pendapatan daripada Paris Baguette mengambil sedikit masa dengan mengambil kira kepantasan perkembangan setiap cawangan dan hakikat ia merupakan hasil kerjasama," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM1.29 sesaham. - DagangNews.com