Burger P.Ramlee tarikan terkini KFC | DagangNews Skip to main content

Burger P.Ramlee tarikan terkini KFC

 

KUALA LUMPUR 27 Okt.-  Francais makan segera KFC akan memperkenalkan Burger P. Ramlee dengan inspirasi nasi kandar bermula esok di seluruh cawangan semenanjung Malaysia.

 

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling dalam satu kenyataan berkata, burger itu merupakan menu baharu dan eksklusif untuk waktu terhad adalah satu penghormatan khas buat legenda negara, P. Ramlee. 

 

Katanya, burger itu juga menyuntik pelbagai rasa aromatik dari bahan-bahan unik dalam nasi kandar kepada Zinger Hot & Spicy. 

 

“P. Ramlee merupakan seniman agung yang telah meninggalkan legasi dalam budaya Malaysia yang masih relevan dan diminati semua. 

 

"Menu inovatif terbaharu kami, Burger P. Ramlee iaitu gabungan memikat KFC Zinger dan makanan kegemaran P. Ramlee, Nasi Kandar meraikan legasi beliau dan satu penghormatan khas kami kepadanya,” katanya. 

 

Burger P. Ramlee boleh didapati melalui pelbagai pilihan iaitu A la Carte, kombo selain set legenda dan gunakan kod promo PRAMLEE untuk mendapatkan diskaun 10 peratus untuk pesanan melalui aplikasi KFC.- DagangNews.com