Canon perkenalkan Pencetak Tangki Dakwat Isi Semula 6-Warna | DagangNews Skip to main content

Canon perkenalkan Pencetak Tangki Dakwat Isi Semula 6-Warna


SHAH ALAM 22 April – Canon Marketing Malaysia memperkenalkan pencetak tangki dakwat isi semula 6-warna pertamanya iaitu PIXMA G570 dan PIXMA G670, menghasilkan imej cetakan yang lebih tahan lama dengan kos percetakan yang sangat rendah.

 

Pencetak foto baharu ini dilengkapi 2 set dakwat baharu untuk menghasilkan cetakan yang jelas dan menyerlah yang belum pernah didapati dalam mana-mana pencetak tangki dakwat sebelum ini.

 

Ketua Jabatan Produk Sistem Pengguna (CSP) Canon Marketing, Sandy Lee berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan pencetak tangki dakwat 6-warna yang pertama dari Canon iaitu PIXMA G570 dan G670 di Malaysia.

 

“Selama 12 bulan yang lalu, memberi cabaran yang besar kepada ramai orang. Dengan pencetak-pencetak yang pertama seumpamanya ini, kami berharap dapat memperkasakan para pengguna untuk menceritakan dan berkongsi kisah-kisah mereka melalui kuasa percetakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

 

Berbeza dengan sistem 4-dakwat biasa (warna CMYK) yang lebih sesuai untuk percetakan dokumen, PIXMA G570 dan PIXMA G670 turut didatangkan dengan set dakwat merah dan kelabu.

 

Dakwat merah tambahan menyokong gamut warna yang lebih luas untuk menghasilkan warna merah yang lebih kaya dari imej matahari tenggelam dengan warna merah seakan darah hinggalah warna merah berkilat pada kenderaan.

 

Dakwat kelabu menyampaikan penghasilan warna yang stabil, mencegah warna untuk beralih apabila dicetak di atas jenis-jenis kertas foto yang berbeza. Memori mungkin pudar selepas beberapa lama, namun gandingan kertas foto Canon dan sistem 6-dakwat menghasilkan foto yang boleh bertahan sehingga 200 tahun dalam keadaan penyimpanan yang kondusif. 

 

Berikut adalah harga mengikut model pencetak :

canon

Seperti pencetak lain dalam siri G, pengguna juga boleh menikmati percetakan volum tinggi sehingga 3,800 helai cetakan 4x6” dengan satu set dakwat yang disertakan di dalam kotak.

 

Sama ada untuk perniagaan, rumah, atau penggunaan kreatif, pencetak baharu ini menghasilkan kualiti foto yang hebat tanpa perlu bimbang tentang kos percetakan. - DagangNews.com