Carolyn Nash dilantik selaku Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Operasi Red Hat | DagangNews Skip to main content

Carolyn Nash dilantik selaku Naib Presiden Kanan, Ketua Pegawai Operasi Red Hat

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Okt - Carolyn Nash dilantik sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Red Hat Inc berkuatkuasa serta-merta. 

 

Syarikat itu juga turut melantik Robert Leibrock selaku Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan manakala Jim Palermo dilantik sebagai Naib Presiden serta Ketua Pegawai Maklumat.

 

Menerusi pelantikan itu, Nash akan melaporkan diri kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Red Hat, Matt Hick manakala Leibrock serta Palermo akan melapor diri kepada Nash.

 

Terdahulu, Nash berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan Red Hat dan bertanggungjawab mengetuai organisasi kewangan global syarikat itu.

 

Sebelum menyertai Red Hat, beliau merupakan antara pengurusan tertinggi operasi dan kewangan di Cisco, Hewlett Packard serta KPMG

 

Leibrock memiliki pengalaman 20 tahun dalam bidang kewangan dan operasi Red Hat selain memainkan peranan penting dalam pemerolehan Red Hat oleh IBM dengan nilai AS$34 bilion (RM160.3 bilion) pada 2019.

 

Palermo mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam teknologi maklumat yang merangkumi peranan teknikal dan kepimpinan.

 

Beliau menyertai Red Hat pada 2010 dan bertanggungjawab  membangunkan dan memacu persekitaran, alatan dan penghantaran kerja dalaman awan hibrid dan dalam Red Hat seterusnya pusat data penjanaan.

 

Hicks berkata, Nash memiliki rekod perkhidmatan cemerlang yang membuktikan beliau adalah pemimpin yang tepat untuk menyelia kewangan dan operasi syarikat disokong oleh kepakaran dan pengalaman Leibrock serta Palermo.

 

"Saya yakin mereka ini boleh membantu mempercepatkan misi Red Hat untuk membantu pelanggan memanfaatkan inovasi sumber terbuka sambil membantu kami lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang dinamik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Nash berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada Red Hat dan mempunyai keupayaan untuk bekerjasama.

 

Katanya, kewangan dan operasi merupakan aspek terpenting dalam memacu pertumbuhan syarikat dan membolehkan Red Hat mencatatkan kejayaan. - DagangNews.com