Central Global pindah operasi ke Sungai Petani untuk tingkatkan kapasiti pengeluaran | DagangNews Skip to main content

Central Global pindah operasi ke Sungai Petani untuk tingkatkan kapasiti pengeluaran

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Sept - Central Global Berhad akan meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan memindahkan operasi dari Perai ke Sungai Petani sebagai usaha memenuhi peningkatan permintaan pita pelekat.

 

Malacca Securities berkata, buat masa sekarang kilang kumpulan itu sudah beroperasi pada kapasiti maksimun dan pemindahan operasi itu akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 3.5x.

 

"Penambahan jentera baharu juga akan melonjakkan pengeluaran kumpulan itu," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, selain meningkatkan pengeluaran pembuatan, kumpulan itu juga akan membina asas pendapatan baharu dalam segmen pembinaan.

 

BACA JUGA: Central Global raih kontrak bina jalan di Sabah bernilai RM183.29 juta

 

Katanya, anak syarikat kumpulan itu, RYRT International Sdn. Bhd. berjaya memperoleh kontrak RM183.3 juta untuk pembinaan Projek Jalan Semawang Ke Tanjung Kuala Gum-Gum, Sandakan, Sabah yang akan berlangsung dari 14 Oktober 2022 hingga 13 Oktober 2025.

 

Nilai projek kumpulan itu kini berada pada paras RM410.1 juta yang akan memberikan keterlihatan pendapatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

 

"Kami mendapati tender kumpulan itu berada pada keududkan yang sihat antara RM500 juta ke RM600 juta, khusus untuk projek infrastruktur di Malaysia Timur.

 

Firma itu berkata, selain daripada perniagaan sedia ada, kumpulan itu sedang mengintai peluang untuk menerokai segmen tenaga boleh diperbaharui terutamanya tenaga solar.

 

"Dengan kedudukan mereka dalam segmen pembinaan, kumpulan itu akan mengintai pembinaan projek solar fotovoltaik (PV)," katanya. - DagangNews.com