CGS-CIMB jangka loji jankuasa Cypark beroperasi secara komersial tahun ini | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB jangka loji jankuasa Cypark beroperasi secara komersial tahun ini

OIeh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 4 Jan - CGS-CIMB Research menjangkakan pembukaan sektor ekonomi negara akan membolehkan loji janakuasa 20MW WTE milik Cypark Resources Berhad di Ladang Tanah Merah beroperasi secara komersial (COD) tahun kewangan penuh 2022 (FY22F).

 

Penganalisis CGS-CIMB, Ngo Siew Teng berkata, sebelum ini COD mereka tertangguh kerana tenaga kerja mahir dari luar negara tidak dapat masuk ke Malaysia untuk menjalankan ujian kerana perintah kawalan pergerakan (PKP) dan larangan memasuki negara ini.

 

"Cypark terlibat dengan dua projek WTE yang terletak di Johor (Bukit Payong) dan Melaka (Sungai Udang) menerusi kerjasama dengan syarikat milik Kerajaan Melaka dan Johor.

 

"Projek solar berskala besar (LSS) 3 di Terengganu sudah mula dibangunkan dan dijangka mencapao COD menjelang FY22F. Projek LSS 2 juga dijangka siap pada tahun sama," katanya dalam satu nota kajian.

 

Walaupun, Cypark tidak disenarai pendek untuk projek LSS 4, Siew Teng berkata, kumpulan itu menyasarkan untuk mendapatkan kerja-kerja melibatkan hal kejuruteraan, pembinaan, perolehan dan pentauliahan kontrak daripada syarikat yang memenangi kontrak projek itu.

 

Firma itu mengulangi saranan 'pegang' untuk Cypark selepas mengambil kira kemungkinan penagguhan COD loji janakuasa itu dan kemungkinan pelupusan aset untuk dijadikan sebagai dana tambahan untuk projek masa hadapan.

 

"Risiko untuk pengagguhan projek berkenaan adalah lebih tinggi berbanding COD untuk loji janakuasa berkenaan selain LSS 2 atau LSS 3," katanya.

 

CGS-CIMB juga menyelaraskan semula pendapatan tahun untuk FY22/23F sebanyak 1.3% ke 4.3% selepas mengambil kira perubahan dari segi masa untuk projek berkenaan. - DagangNews.com