CGS-CIMB jangka Wellcall raih keputusan positif bagi FY23 didorong peningkatan aktiviti perindustrian | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB jangka Wellcall raih keputusan positif bagi FY23 didorong peningkatan aktiviti perindustrian

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Feb - CGS-CIMB Research menjangkakan Wellcall Holdings Berhad meraih keputusan lebih stabil bagi baki FY23.

 

Firma itu percaya, kumpulan itu akan terus mendapat manfaat daripada peningkatan pesat dalam aktiviti perindustrian di seluruh dunia, yang membawa kepada permintaan yang lebih tinggi untuk produknya (salur getah industri).

 

Katanya, kadar tambang yang lebih rendah juga akan mendorong pertambahan permintaan eksport.

 

"Dari segi margin keuntungan, kami percaya kumpulan itu boleh meraih faedah daripada kos input yang lebih rendah, harga jualan yang dilaksanakan pada 2HFY22 dan skala ekonomi yang lebih besar," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, hasil 1QFY9/23 meningkat 32.6% kepada RM52.6 juta, hasil peningkatan dalam jualan eksport (+38.3%).

 

Keputusan itu berjaya mengimbangi jualan tempatan yang lebih rendah (-20.5%) disebabkan asas yang tinggi daripada pembukaan semula industri tempatan pada 1QFY22.

 

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) 1QFY23 merosot 2.1% kepada 24.1% kesan kos input lebih tinggi dan peningkatan kos tenaga pekerja.

 

Bagaimanapun, untung bersih teras 1QFY23 meningkat 16.3% kepada RM8.1 juta.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) RM1.46 sesaham.

 

"Kami menyukai kumpulan itu keranan memiliki profil pendapatan yang kukuh, permintaan yang baik untuk salur getah dalam industri utama di peringkat global dan pemberian dividen yang menarik antara 5.7% hingga 7.1%," katanya. - DagangNews.com